Monday, March 2, 2009

Banjir kilat melanda Kampung Paroi

AHLI Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melawat mangsa banjir di Kampung Paroi, Seremban, semalam. Beliau turut menyampaikan bantuan kepada mangsa.













Saturday, February 28, 2009

Tok Mat - Dasar aparteid adalah biadab…


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tindakan Cheng Hau tidak ubah seperti individu yang dangkal pemikirannya, kurang ajar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.

Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah biadab.

‘‘Dia tahu ke apa itu aparteid. Kalau aparteid, hendak masuk ke bilik air pun tidak boleh. Naik bas, ke sekolah, bergaul dengan masyarakat, hendak dapatkan kerja semuanya tidak boleh. Peluang pun tidak ada.

‘‘Adakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau pemikiran membantu golongan bumiputera yang digubal oleh pakar-pakar pelbagai kaum hendak disamakan dengan aparteid,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Sembilan (Pekerti) di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Pekerti, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor, Pegawai Kewangan Negeri dan Datuk Ab. Radzak Ab. Rahman.

Sehubungan itu kata Mohamad, amat wajar Cheng Hau memohon maaf kerana kata-kata berselindung di sebalik imuniti dalam Dewan Undangan Negeri boleh juga didengar oleh rakyat.

‘‘Kita sudah terlalu payah menyatupadukan rakyat sejak 52 tahun lalu dan kita sudah bina penyatuan yang baik. Jadi ingatlah, kalau hendak jadi pembangkang, jadilah yang baik,” katanya.

Sementara itu dalam majlis berkenaan Mohamad turut menyampaikan sumbangan untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) anjuran Kumpulan Utusan dan lslamic Relief Malaysia (IRM).

Sumbangan sebanyak RM15,000 itu disampaikan bagi pihak Pekerti dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) cawangan Negeri Sembilan sebanyak RM8,000.

Sumbangan diterima oleh Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad.

Saturday, November 29, 2008

Serah pada budibicara PM tentukan kedudukan : KJ

Seremban – Naib Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamalludin berpendapat keputusan sama ada Ketua Pemuda UMNO diletakkan ke dalam pentabiran kerajaan adalah mengikut budibicara Perdana Menteri (PM) ketika itu.

Oleh itu, katanya, tidak timbul soal sama ada seseorang calon yang bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda perlu meletakkan syarat sama ada mahu dilantik atau tidak dalam Kabinet.

”Saya rasa, ini bukan tempat kita untuk meletakkan syarat nak dilantik didalam Kabinet dan sebagainya. Itu hak mutlak PM. Insya-Allah, apa-bila Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan PM Mac nanti, beliau sendiri akan tentukan dan bukan tempat kita mahu tentukan.

”Lagipun, kita hanya baru jadi calon dan belum tentu jadi Ketua Pemuda lagi. Tak payahlah nak letak syarat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan serta sesi dialog dengan penduduk Kampung Sentosa Jaya, dekat paroi, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya jika menang jawatan Ketua Pemuda serta ditawarkan menjadi angota cabinet.

Sebelum ini, dua calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo menyatakan pendirian tidak mahu jawatan Kabinet jika menjadi Ketua Pemuda.

Mukhriz memberi alas an mahu menumpukan usaha memperkukuhkan Pemuda dalam menangani pelbagai isu termasuk mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO, manakala Mohamad Khir pula dilaporkan berkata, keputusannya itu disebabkan jawatan dalam Kabinet akan mewujudkan banyak halangan dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Pemuda.

Sementara itu Khairy berkata, sekiranya PM merasakan perlunya perkhidmatan Ketua Pemuda UMNO sebagai angota pentabiran, dalam apa sekalipun, penyandang jawatan itu perlu menurutinya.

”Kalau PM pada waktu itu rasa mungkin tidak ada tempat untuk Ketua Pemuda, kita kena terima juga. Sekarang, bukan tempat kita untuk kata ‘Saya nak terima atau tidak’. Itu sepatutnya tak menjadi isu,” katanya.

Ketika ditanya sama ada keenganan dua calon Ketua Pemuda itu dilantik ke dalam kabinet sebagai strategi untuk meraih undi pada pemilihan nanti, Khairy berkata, beliau enggan member i alasan andaian dangan alasan tidak adil untuk mengulas visi serta misi calon lain yang layak bertanding.

Menurutnya, sepanjang pengalamannya selama lapan tahun dalam barisan kepimpinan Pemuda, beliau tidak pernah berdepan masaalah menjalankan tugas dalam Pemuda dan Kabinet.

”Isu sama ada Ketua Pemuda perlu memengan jawatan Kabinet sebenatnya berganyung kepada pemimpin itu sendiri berdasarkan cara mana nak menguruskan masa terbaik.

“Kalau kita nak ‘check and balance’ tetapi berada diluar kerajaan, kita mungkin tak dapat membawa suara Pemuda kepada pentabiran (kerajaan) dengan baik. Kalau ada dalam pentabiran, suara Pemuda dapat disampaikan kepada platform paling tepat katanya.


Gambar-gambar KJ di Kampung Sentosa Jaya, Taman Rasa Sayang dan Tampin

Bersama En. Fauzi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi dan Cikgu Bakar, Bendahari Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi.

Makan Tengahari di Balai Raya Kg Sentosa Jaya bersama Jawatankuasa UMNO Cawangan dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban.

Mendengar aduan penduduk di kawasan setinggan yang memerlukan bantuan membaiki rumah dan bekalan air bersih.

Melihat sendiri kadar kebersihan air yang digunakan untuk diminum dan kegunaan harian penduduk di kawasan setinggan yang tidak mendapat bekalan air bersih.

Mendengar rintihan seorang warga emas yang memerlukan bantuan kewangan bulanan bagi menguruskan keperluan harian, dan KJ memaklumkan kepada pegawai JKM agar meneliti perkara ini dengan memberikan bantuan warga emas.

Melihat sendiri aduan yang dibuat oleh Ketua UMNO Cawangan Taman Rasa Sayang berkaitan kesulitan yang mereka hadapi saban hari akibat kelewatan penyiapan projek pembentungan.

Menghadiri kenduri kesyukuran yang diadakan oleh Sdr. Mohd Isam, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin di Gemenchih. Majlis tersebut yang diadakan di masjid dimulakan dengan Solat Maghrib, diikuti bacaan Surah Yassin dan Solat Isya’.

Sumber Prokhairy

Tuesday, November 18, 2008

Kerajaan serius jadikan NS lembah ilmu

Kerajaan negeri serius mahu menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu bagi melahirkan modal insan bermutu yang mampu mengisi pelbagai jawatan dan keperluan negara pada masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagi mencapai usaha itu kerajaan tidak mengamalkan prinsip 'keterbatasan' tetapi kepada kaedah 'keterbukaan' supaya semua lapisan rakyat mendapat limpahan ilmu.

''Saya mengucapkan syabas kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan di atas kejayaan mengekalkan kedudukan tempat ketiga dalam pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) peringkat kebangsaan.

''Ini memperlihatkan kemajuan drastik telah dicapai melalui pelbagai kaedah pembelajaran dan kecekapan mengajar, sehingga menambah bilangan pelajar yang meraih keputusan cemerlang," kata beliau di sini hari ini.

Jelasnya, beberapa sekolah di negeri ini juga telah dinaik taraf serta diberi peruntukan untuk pembesaran blok dan bilik darjah.

Umpamanya kata beliau, sebanyak RM4.8 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk membesar dan menaiktaraf Sekolah Rendah Siliau di Rantau, begitu juga sebuah sekolah di Nyatoh (Rantau) yang menerima peruntukan sebanyak RM5.6 juta untuk tujuan sama.

''Ketika ini juga Sekolah Menengah Agama Rantau sedang dalam pembinaan dengan kos yang dianggarkan RM7.8 juta. Kesemua ini bertujuan memberikan pendidikan yang sempurna kepada rakyat," kata beliau.

Katanya, beberapa institusi pengajian tinggi juga sedang dibina termasuk di Nilai, Rembau, Seremban, Kuala Pilah dan Port Dickson.

''Kita mahu taraf pendidikan di negeri ini terus subur dan adalah malang jika segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan telah disia-siakan oleh rakyat.

''Ibu bapa perlu menanamkan minat untuk memastikan anak-anak terus menerima pendidikan yang sempurna. Kita perlu selalu melihat perkembangan pendidikan anak-anak kita.

''Sebab itulah asas di peringkat tadika dan pra sekolah itu juga perlu diberi perhatian semua pihak," kata beliau.

Mohamad memberitahu, elemen kejayaan pelajar tidak hanya bergantung pada kemahuan mereka tetapi juga perlu mendapat sokongan guru, sekolah dan ibu bapa selain masyarakat.

''Kalau sekolah itu menghasilkan ramai pelajar cemerlang, tidak kiralah ia terletak di luar bandar sekali pun, saya yakin ramai ibu bapa akan berlumba-lumba untuk menghantar anak mereka bersekolah di situ," tegas beliau.

Sehubungan itu, Mohamad mahu semua pihak bersama-sama memastikan mutu pendidikan di negeri ini terus dipertingkatkan dan mengekalkan prestasi cemerlang.

Monday, November 10, 2008

Kenyataan Tengku Adnan Tidak Adil, Kata Mohamad


SEREMBAN, 10 Nov (Bernama) -- Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Badan Perhubungan Umno negeri dan Umno Bahagian Seremban saling tidak mempercayai antara satu sama lain, sebagai tidak adil.

"Saya tidak pernah ada masalah dengan bahagian Seremban. Saya menjalankan tugas selaku Pengerusi Badan Perhubungan negeri dan saya tahu tugas yang perlu dijalankan.

"Jadi, saya anggap ia satu kenyataan peribadi dan beliau (Tengku Adnan) tidak sepatutnya membuat kenyataan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Surat Hak Milik Projek Rumah Awam Kos Rendah (PAKR) Panchor 1, Panchor 2 dan Sikamat 2A di Balai Raya Rumah Rakyat Panchor, dekat sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa Ibu Pejabat Umno akan menghantar satu pasukan bagi mengendalikan mesyuarat Umno Bahagian Seremban yang ditangguhkan akibat insiden pergaduhan semalam selepas mendapati Badan Perhubungan Umno Negeri dan Umno bahagian itu saling tidak mempercayai satu sama lain.

Mesyuarat bahagian itu yang berlangsung di Kelab Golf Tuanku Ja'afar, dekat sini terpaksa ditangguhkan selepas berlaku pergaduhan dan kekecohan yang menyaksikan dua perwakilan cedera dipercayai terkena kerusi yang dibaling.

Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi sebaik Ketua Umno bahagian itu Datuk Ishak Ismail selesai berucap apabila Ketua Umno Cawangan Sikamat, Datuk Md Yusof Harmain Shah bangun memohon penjelasan sama ada mesyuarat itu wajar diteruskan berikutan kekeliruan berhubung status beberapa cawangan.

Sunday, November 9, 2008

Alahai Hanafi, Pemuda Rembau dan KJ



KHAIRY Jamaluddin yang menerima pencalonan sebulat suara dari Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau cuba dirosakkan dengan berita kononnya berlaku kekecohan ketika pencalonan dibuat terhadapnya.

Ini ekoran ada usaha mahu mencadangkan supaya pencalonan dibuka semula untuk mencalonkan nama-nama lain, selain Khairy.

Sebenarnya, ia bukan kekecohan tetapi sesuatu yang biasa dalam politik. Mana mungkin, boleh semua orang sehati sejiwa? Tentulah ada yang mahu menduga dan tentulah ada yang mahu mencuba.

Sebenarnya pencalonan dari Pemuda Rembau tidak menjejaskan apa-apa peluang Khairy untuk meneruskan hasratnya bertanding jawatan nombor satu Pergerakan Pemuda Umno. Cuma, dia sebagai ketua Pemuda di bahagian itu, tentulah mengharapkan kawan-kawannya memahami dan merestui hasratnya itu.

Jika ditakdirkan menang, Khairy bukan menang atas namanya seorang tetapi dia juga membawa bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau, yang bersama-samanya bertungkus lumus bekerja siang dan malam, untuk menang pilihan raya dan menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohamad Hassan selaku Menteri Besar Negeri Sembilan.

Khairy yang pernah empat tahun menjadi Exco Pergerakan Pemuda dan empat tahun sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda telah membuktikan dia seorang yang setia kepada ketua. Kesetiaannya itu dibuktikan dengan bertindak paling akhir dari calon-calon lain mengumumkan hasratnya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ini adalah bukti bahawa Khairy tidak mahu melanggar ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin. Malahan, ketika membuat pengumuman mahu menawarkan diri bertanding dengan memperkenalkan slogannya 'setiakawan', Khairy berjanji akan meneruskan usaha-usaha baik yang sudah dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin.

Kalau pendirian Khairy ini boleh ditafsirkan secara tepat, Hanafi Ibrahim seorang AJK Pemuda Rembau yang berhasrat untuk membuat pencalonan lain selain dari Khairy dalam mesyuarat Pemuda Rembau baru-baru ini, pasti tidak berlaku.

Ini kerana, Hanafi tentunya sudah nampak sokongan sebulat suara dihamburkan para perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka Rembau dengan jeritan "KJ, KJ, KJ… pencalonan ditutup, pencalonan ditutup…," untuk apa dia bangun untuk membuat cadangan baru? Apakah niatnya ketika itu?

Sebenarnya, Khairy terus dicemburui. Sokongan yang diterimanya dari Pemuda bahagiannya sendiri pun mahu diganggu gugat. Mereka yang mahu mengganggu gugat itu tahu tidak boleh menang jika mencalonkan nama orang lain tetapi mereka tidak mahu Khairy terlalu selesa di bahagiannya sendiri.

Mereka sedar, Khairy sanggup kehilangan pencalonan 10 bahagian lain tetapi Khairy tetap mahukan pencalonan dari Rembau, yang disifatkan sebagai tidak sempurna dan tidak lengkap jika tidak mendapat pencalonan dari Rembau yang merupakan maruahnya!

Saturday, November 8, 2008

Khairy menang di Rembau dengan penuh bergaya.




















Salam perjuangan dan sekalung tahniah diucapkan kepada pergerakan Pemuda Umno Rembau yang telah sebulat suara memilih Khairy Jamaluddin sebagai calon Ketua Pergerakan Umno Malaysia.

Dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno pagi tadi, Y.Bhg Dato' Seri Mohamad Bin Hj Hasan telah mencadangkan YB Khairy Jamaluddin sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan dewan bergema dengan tempikan hidup KJ! Hidup Tok Mat! .

Pencalonan di tutup dengan Khairy sebulat suara dipilih sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Walaupun berlaku sedikit bantahan oleh dua Ahli Jawatan Kuasa Paroi namun bantahan tersebut tidak diterima oleh pengerusi kerana mejoriti didalam dewan berpihak kepada Khairy.

Difahamkan bahawa AJK Paroi tersebut hanyalah berlakon semata-mata kerana mahu menunjukkan yang mereka sudah melakukan tugas yang diberikan oleh Datuk Mukhriz. Biasolah tu, dah hidup ni kojo diorang tu asyik menipu yo. Mukhriz yang bijak sampai botak pun buleh kono tipu. Dunia... dunia....

Duit didalam poket dah penuh, makanan sudah siap disediakan, dah kenyang takkan nak duduk diam sahaja... Kenalah buat kerja sedikit. Kang kek kono tuduh kacang lupokan plastik bungkuih.
Hakikat sebonar adalah Pemuda Umno Paroi menyokong penuh dan sebulat suara untuk mencalunkan Khairy sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Kemenangan Khairy juga turut dikongsi sama oleh Pemuda Umno Paroi.

Ini jelas menunjukan taktik menabur duit tidak boleh menjamin kemenangan kerana Pemuda Rembau mempunyai maruah dan beradat berbeza dengan negeri-negeri lain..

Pesanan terakhir dari Pemuda Paroi Mukhriz usahlah nak bermain taktik kotor dibahagian Rembau... Sio... Sio... Jo....